Di samping
itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini
diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri
dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah,
dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan
terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti
seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar,
taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti
ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung
akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti
yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni.
No comments:
Post a Comment