Translate

Tuesday 9 August 2016

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam persoalannya apakah maksud di sebalik cogan kata "Jiran sepakat membawa berkat"?


Dalam hidup berjiran tetangga kita perlu mewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan agama. Yang buta dipimpin, yang sakit diziarahi. Susah senang sesama jiran ditangani bersama-sama. Bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dipinggirkan daripada sanubari. Justeru, marilah kita sama-sama mengutamakan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan yang mendasari semangat kejiranan. Saranan ini bertepatan dengan dasar kebudayaan yang menggalakkan keharmonian perhubungan antara kaum. Jiran sepakat membawa berkat.

No comments:

Post a Comment