Translate

Tuesday, 16 August 2016

Adab terhadap jiran

Video ini telah diambil dari youtube hasil Nur Saidatul Asma

Cara - cara memupukkan semangat kejiranan




Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.





Kebaikan Jiran kepada kita

   
     

  •  Jiran juga amat penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jiranlah orang pertama yang akan membantu kita sekiranya berlaku kebakaran, sakit dan sebagainya. Sekiranya sakit, kita boleh meminta bantuan jiran untuk menghantar kita ke hospital. Selain itu anak-anak kecil juga boleh ditinggalkan di rumah jiran buat sementara waktu ketika berlaku kecemasan 

  • Kerja-kerja yang berat akan menjadi lebih ringan dan mudah dengan adanya bantuan daripada jiran. Sebagai contoh ketika mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Semua jiran yang berhampiran akan datang membantu mendirikan khemah, menyediakan makanan, melayan tetamu dan sebagainya. Bak kata pepatah ’berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.


  •    kita boleh meminta bantuan jiran untuk memerhatikan rumah kita sekiranya kita tiada di   rumah. Rumah yang ditinggalkan kosong terdedah kepada kecurian. Hal ini kerap berlaku terutamanya ketika menyambut hari-hari perayaan atau cuti panjang. Dengan adanya jiran bolehlah melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada sesuatu yang mencurigakan di rumah kita.


  • Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati  anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan 

Tuesday, 9 August 2016

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam persoalannya apakah maksud di sebalik cogan kata "Jiran sepakat membawa berkat"?


Dalam hidup berjiran tetangga kita perlu mewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa memikirkan budaya dan agama. Yang buta dipimpin, yang sakit diziarahi. Susah senang sesama jiran ditangani bersama-sama. Bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dipinggirkan daripada sanubari. Justeru, marilah kita sama-sama mengutamakan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan yang mendasari semangat kejiranan. Saranan ini bertepatan dengan dasar kebudayaan yang menggalakkan keharmonian perhubungan antara kaum. Jiran sepakat membawa berkat.